berita

Dari Seorang Rider Kepada Seorang Hiker, Lelaki 43 Tahun Turun 33kg Lepas Tukar Hobi ‘Sihat’

January 8th, 2020 | by Shafika
Insiprasi

Kejayaan tak datang bergolek, itulah ungkapan yang sesuai digambarkan oleh lelaki berusia 43 tahun yang berjaya buktikan mampu turunkan berat badan hingga 33kg. Dek kerana semangat kental, dia menukar hobi dari seorang rider kepada seorang hikers.

Bayangkan di usia begitu, dia mendaki beberapa gunung bersama kawannya hingga ke Gunung Everest. Paling seronok apabila berat badan pun berkurang. Macam orang muda dah! Salute..

Turun 33 kg

2018 berat saya 110kg dan 2019 berat turun ke 77kg. Dari aktiviti ride motorsikal saya tukar ke aktiviti sihat iaitu bersenam dan mendaki gunung. Selama 43 tahun saya hidup tidak pernah mendaki mana-mana gunung di Malaysia.

Percubaan pertama saya mendaki gunung angsi Negeri Sembilan pada September 2019 dan gunung kedua adalah gunung Datuk Negeri Sembilan pada November 2019 seminggu sebelum ke Nepal.

Bawa semangat mak

Kawan-kawan dan adik beradik cakap saya gila sebab gunung ke tiga saya akan pergi adalah Everest Base Camp (EBC), Nepal pada Disember 2019. Alhamdulillah saya berjaya sampai dalam masa 7 hari.

Bawa semangat emak saya yang mengidap kanser paru-paru peringkat 4.. Love emak. Terima kasih kepada rakan2 Positif saya yang bersama2 saya ke everest base camp (EBC).. Kamu memang Terbaik..
* Sasaran seterusnya puncak everest pada usia 45 tahun.. InsyaAllah

Naik kapal terbang pergi balik Malaysia – Nepal RM1640 (4jam 45 minit utk sehala perjalanan). Naik helicopter RM12000 (RM3000x4) untuk perjalanan lebih kurang 45minit dari Lukla ke Kathmandu.. kepada sesiapa yang nak ke EBC tu sediakanlah duit spare banyak2 yer. Untuk digunakan diwaktu waktu kecemasan disana.

Ramai puji

Sumber : Mas Oyama Mas Oyama