Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mencuri perhatian apabila membuat pendedahan mengatakan perkahwinannya bersama isteri, Fara Salleh masih belum berdaftar ketika temu bual bersama Melodi TV3, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kahwin Pun Belum Daftar Macam Mana Nak Fail Cerai?’ – Shuk Sahar

Shuk yang tak nak ‘register’?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Terbaharu, Fara tampil membuat pendedahan dengan memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Shuk menerusi Instagram Story (IGs).

Menerusi tangkap layar itu, dapat dilihat Fara meminta Shuk membuat pendaftaran perkahwinan pada tahun lepas namun diendahkan pelawak itu.

Tengok tarikh itu, dari tahun lepas desak dia untuk daftar (perkahwinan).

Haih, kerja nak salahkan orang ja kau ni, nak nampak suci jangan salahkan orang lain boss.

Kau sendiri buka pekung di dada, sudah-sudahlah cakap tak serupa bikin.

Kau punya sembang, fuh b*bi pun boleh terbang.

Sedang dalam proses

Menerusi hantaran lain, Fara juga mendakwa Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar pernah menyorok segala dokumen yang berkaitan kerana tidak mahu isterinya itu membuat pendaftaran di majlis agama.

Walau bagaimanapun, proses pendaftaran itu kini sedang dalam proses selepas Fara menguruskannya sendiri.

Tengok sajalah perbualan bertarikh 2023 dan tahun lepas.

Jadi, semua ‘clear’ ya, jangan tanya saya dah soalan-soalan itu.

Bukan saya punca perkahwinan kami tak berdaftar dan saya hanya bersuara sebab nak pertahankan diri.

Ada suami pun tak mampu pertahankan.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Fara dan Shuk bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.

Fara juga mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya.

Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023.

Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

Sumber: IGs Fara Salleh