Siapa yang tengah craving mi tarik tangan yang diselitkan dengan rasa tradisional dan sentuhan Malaysia yang pasti mengeluarkan air liur sepanjang hari?
Tambah pula dengan sentuhan tangan dari chef yang telah mencipta perisa antarabangsa untuk memenuhi selera orang tempatan kita.
Haa ini dia berita baik untuk semua orang lebih-lebih lagi kepada mereka yang duduk di Puchong dan Damansara, Faizal Kong Mee Tarik telah buka cawangan mereka di sana!
Jenama pertama dalam industri F&B!
Faizal Kong Mee Tarik jenama pertama dalam industri F&B yang telah beroperasi di Dataran Puchong dan Lotus Mutiara Damansara.
Bermula dari perniagaan di tepi jalan dan telah menambat hati ramai orang dengan keunikan mi tarik tangan beliau, Faizal Kong kini telah berjaya membuka restorannya sendiri!
Beliau juga akan meluaskan pasaran dengan sasaran 20 cawangan menjelang pertengahan 2024. Wow, senanglah lepas ni tak perlu pergi jauh-jauh nak rasa mi tarik tangan Faizal Kong!
Faizal Kong Mee Tarik mementingkan rasa, keselesaan dan revolusi untuk pelanggan mereka sentiasa berada dalam suasana yang selesa dan mesra.
Dengan reka bentuk yang minimalist dan ringkas yang sesuai untuk pelanggan makan dengan tenang dan santai.
Jom dengarkan review dari mereka yang pernah rasa Mee Tarik Faizal Kong!
Harga mesra bajet!
Apa yang penting harga berpatutan dan korang boleh nikmati Mee Tarik Sup Daging yang dikatakan paling popular dan bukan itu sahaja Mee Tarik Soya, Tumis dan Mee Kari pun ada!
Dengan satu harga, korang boleh isi semula minuman tanpa had dengan pilihan 6 jenis air. Wow tak dapat dekat tempat lain ni!
Faizal Kong Mee Tarik beroperasi seawal 10 pagi sehingga 10 malam tau, jadi ajak ramai-ramai kawan, keluarga korang makan sini!
Untuk maklumat lanjut tentang Faizal Kong Mee Tarik dan review mereka yang pernah rasai makanan beliau, boleh layari https://faizalkong.com/ atau sosial media Instagram dan Facebook.