Siapa sangka pertemuan di aplikasi cari jodoh, Tinder, membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. Berkongsi detik hari bahagia tersebut, wanita ini menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.
Dia turut berkongsi senarai kos untuk majlis perkahwinan yang menelan belanja tidak sampai RM5k. Apa yang menariknya adalah goodies hand sanitizer kepada tetamu, comel!
Dari Tinder ke jinjang pelamin
Tips jimat kahwin
Berkongsi dengan lebih lanjut, wanita ini DIY sendiri goodies hand sanitizer sebanyak 180 botol. Kos yang diperlukan adalah RM206 sahaja.
Manakala untuk katering pula, dia membelanjakan RM3000 untuk 250 orang tetamu. Selain itu, dia menggubah sendiri hidden hantaran mengikut kreativiti! RM50 je untuk 7 dulang.
Baju Rm100, pelamin RM500
Sumber : Aishah Rofizan