

Pelakon dan model Haneesya Hanee meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dapat menghadiahkan keluarga sebuah kereta baharu.
Bukan nak menunjuk

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Haneesya bersyukur kerana Proton X70 adalah kereta pertama yang dibeli. Kata aktres berumur 22 tahun ini, sebelum ini pengangkutan utama mereka sekeluarga adalah kereta Wira lama.
Ceritanya, mereka terpaksa berpanas dan berhujan kerana bumbung kereta itu bocor selain selalu rosak.
Alhamdulillah, kereta pertama saya adalah kereta keluarga. Bukan niat untuk menunjuk cuma hendak kongsi cerita.
Wira (kereta) adalah wira kami. Banyak kenangan bersama Wira ini, pahit manis semua ada!
Dah baiki Wira berpulah kali sampai uncle bengkel tu mampu senyum saja bila datang kedai dia.
Waktu panas seperti duduk di dalam sauna. Waktu hujan banjir satu kereta. Tetapi disebabkan Wira ini jugalah, saya dapat pergi kerja dan hantar adik ke sekolah.
Perjalanan Allah baik
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan senang hati apabila dapat melihat senyuman yang terukir di wajah setiap ahli keluarga terutama ibunya.
Paling seronok ketika saya perhatikan keluarga dari jauh, masing-masing tersenyum sampai ke telinga terutama mommy sebab dia memang suka memandu.
Merata dia bawa kami semua. Dapat tengok dia (mommy) senyum lebar dari jauh, Ya Allah menitik air mata. Bangga sangat dengan kita semua. Sayang semua.
Sumber: Instagram @haneesyahanee





![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)