Sekadar gambar hiasan
Gara-gara kantoi tidur bersama isteri orang, seorang lelaki dipercayai pengutip hutang telah diarak keliling kampung dalam keadaan berbogel.
Kantoi tidur dengan isteri orang
Foto: Kaltim Suara.com
Menurut sumber, pengutip hutang berkenaan yang dipercayai bekerja di sebuah bank di Indonesia telah datang ke rumah wanita terbabit pada lewat malam. Namun kedatangan lelaki itu telah menimbulkan rasa curiga dalam kalangan jiran tetangga. Oleh hal demikian, mereka bertindak menyerbu rumah berkenaan sebelum menemui pasangan itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Lelaki terbabit kemudian disoal siasat oleh orang awam sebelum dia diarak keliling kampung sehingga tiba di balai polis dalam keadaan berbogel. Difahamkan, ibu kepada seorang anak itu tinggal di rumah berkenaan manakala suaminya berada di perantauan. Kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Video yang tersebar di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan kedua-dua pasangan tersebut.
Sumber: Kaltim Suara.com