berita

Datang Sekolah Pakai Selipar Sebab Tak Mampu Beli Kasut, Cikgu Hadiahkan Kasut Baru Buat ‘Cinderella’

February 11th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Menjadi seorang guru sudah tentu adalah satu kerjaya yang mencabar, terutama sekali apabila perlu melayan karenah anak murid yang bermacam ragam. Namun, ada juga segelintir guru yang sanggup melakukan tugas tambahan tanpa memikirkan penat lelah, apatah lagi mengharapkan balasan.

Satu perkongsian video mengundang sebak apabila seorang guru memberikan kasut sekolah baru kepada anak muridnya yang hadir ke sekolah memakai selipar.

‘Tiga hari cari Cinderella’

Foto: Tiktok Cik Puan Gojes

Menerusi perkongsian video pengguna dengan nama samaran Cik Puan Gojes di laman Tiktok, guru itu sedang mengajar di kelasnya, kemudian datang salah seorang pelajar dengan hanya memakai selipar. Ketika ditanya mengapa tidak memakai kasut, pelajar tersebut memberitahu telah kehilangan kasut sejak sekian lama. Tambah meruntun hati, dia tidak mempunyai duit untuk membeli kasut baru.

Kenapa tak beli (kasut baru)?

Duit tak dak.

Jelas guru tersebut, bapa kepada pelajar itu difahamkan mengalami strok otak yang menyebabkan ibunya tidak bekerja bagi menjaga ayahnya itu. Keluarga pelajar itu berdepan dengan masalah kewangan sehingga sukar menyediakan kelengkapan sekolah.

Simpati dengan nasib yang menimpa pelajar tersebut, cikgu berkenaan menghadiahkan sepasang kasut sekolah baru yang difahamkan milik anaknya tetapi masih belum dipakai. Katanya, sudah 3 hari dia mencari ‘pemilik’ kasut tersebut namun tiada pelajar yang muat, dan ternyata, dia adalah ‘Cinderella’ yang dicari-cari.

Menjengah ke ruangan komen, netizen sebak melihat situasi pelajar itu dan ramai yang menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan kepadanya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar pelajar, dan guru yang pemurah itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Video penuh

@cikpuangojes

#Cindrella yang dicari ???

? original sound – Cik Puan Gojes – Cik Puan Gojes

Sumber: Tiktok

SKIP THIS AD ×