
Program kemuncak Iftar Ramadan dan Malam Tujuh Likur 2026 di Dataran Merdeka mencatat kehadiran luar biasa apabila kira-kira 120,000 pengunjung hadir.
Artikel Berkaitan: Media Prima Tawar RM100 Duit Raya Setiap Minggu!
Tikar Berkat

Pada tahun ini, Media Prima Berhad (Media Prima) bekerjasama dengan Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadikan program DBKL–Media Prima Tikar Berkat yang berlangsung selama dua hari itu lebih meriah.
Turut dihadiri bersama adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Rafiq Razali, Ketua Pegawai Inovasi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kandungan dan Rangkaian Televisyen MPB, Amir Rashidi Johari, serta Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran.
Bukan itu sahaja, program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal seperti Fahrin Ahmad, Ikhmal Amry, Ain Edruce dan Shah Jaszle. Program ini juga diacarakan oleh Fedtri Yahya bersama Fiza Sabjahan.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah edaran makan dan minum termasuk roti john setinggi Menara Merdeka 118 yang diagihkan sekitar 2,500 oleh Kool FM dan Hot FM, pelancaran malam tujuh likur DBKL (Nyalaan Pelita Gergasi) serta sesi meet and greet bersama selebriti.








