
Cerita mengenai pelakon manis, Datin Rebecca Nur Al Islam sudah agak jarang meniti dibibir peminat seni tanah air sejak empat tahun kebelakangan ini. Datin Rabecca pernah membawa pelbagai watak dalam lebih kurang 50 buah drama dan kebanyakkannya diberi peluang untuk memegang watak utama.
Terbaru, Datin Rabecca memuatnaik kepingan nota yang meluahkan rasa marahnya kepada seorang lagi datin yang digelarkan sebagai ‘datin ciplak’.
‘Tak puas hati come and see me!‘
Datin Rebecca meminta ‘datin ciplak’ yang disifatkan sebagai penakut tersebut datang berjumpa sekiranya tidak berpuas hati. Bukan dengan cara memerli dalam laman Instagram semata-mata.
‘Jangan sampai aku pecahkan semua apa yang kau cakap dan buat pada laki kau!’
Dia juga menyatakan bahawa pihak terbabit turut menghasut rakan-rakannya.
‘Betina palsu, berpura banyak’
Menurutnya lagi dia sudah lama berdiam diri namun pihak terbabit tetap mengutuknya malah dimuatnaik juga ke laman Instagram milik pihak terbabit.
‘Kau memang betina and wife evil‘
Dia juga meminta suami kepada pihak terbabit untuk tampil agar dapat menceritakan kesemua tentang isteri dan mertuanya.
‘Jangan pernah kacau hidup aku, datin ciplak’
Dia juga memberi amaran untuk tidak mengganggu hidupnya.
‘Cermin muka mayat kau dulu’
‘Tak ada kawan ke, muka dah macam mayat jadian’
‘Laki dia sendiri tak bagi baik dengan mak bapak’
Credit: rebeccanuralislamahmad