Bulan Mac ialah bulan paling bermakna buat para wanita. Seluruh dunia akan menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac bagi menghargai semua wanita di luar sana. Semua wanita terasa istimewa pada hari tersebut.
Sempena Hari Wanita Sedunia, Datin Paduka Eina Azman dan Anne Idris yang menjadi duta jenama MAGGI® turut raikan pencapaian wanita dalam perkasakan diri mereka melalui makanan dan masakan dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®.
Buat ladies semua, korang patut jadikan apa yang mereka kongsikan ni sebagai inspirasi menjadi wanita hebat.
Anne Idris Mentor komited, kejayaan motivasikan orang lain untuk bangkit berjaya
Anne Idris, pemilik My Mum’s Bakery pernah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Muda pada majlis Anugerah Ikon Usahawan Wanita 2019. Semangat gigih beliau untuk bangkit daripada kegagalan merupakan inspirasi penuh bermakna. Patut dicontoh!
Selepas mengalami masalah perniagaan, Anne Idris sedar ilmu keusahawanan dan kemahiran perlu diasah.
“Perjalanan keusahawanan saya dalam bidang masakan merupakan pengalaman yang amat mencabar, tetapi ia telah mengajar saya sesuatu benda yang sangat berharga iaitu daya ketahanan dan ketekunan.
Saya juga sedar ilmu dalam bidang perniagaan penting. Oleh sebab itu saya melanjutkan pelajaran dalam bidang sugarcraft dan perhiasan kek antarabangsa sehingga terbinanya perniagaan saya – My Mum’s Bakery.”
-Anne Idris-
Dengan pencapaian yang amat memberangsangkan dalam bidang perniagaan, Anne telah dipilih sebagai mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®.
“Sebagai mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, saya menyokong dan membimbing semasa wanita meneroka landskap bidang masakan dan keusahawanan. Melalui sesi bimbingan individu, saya beri pandangan, nasihat, dan dorongan bersesuaian matlamat dan cabaran unik setiap peserta. Sama ada mengasah kemahiran memasak, mengembangkan strategi perniagaan, atau membangunkan keyakinan diri, saya berusaha memperkasakan wanita agar mereka dapat capai potensi penuh dan berjaya dalam usaha mereka.
“Pengalaman paling bermakna sebagai mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® adalah menyaksikan transformasi peserta. Peningkatan Hidayah (Juara Resipi Cukup Berani Musim 1) cukup ketara selepas melaksanakan strategi perniagaan yang dipelajari. Syahidah (Juara Resipi Cukup Berani Musim 2) tampil lebih yakin dan tak ragu-ragu dengan keputusan dalam mengejar matlamat. Kejayaan mereka adalah bukti keberkesanan program ini dalam memperkasakan wanita untuk maju ke hadapan dan berkembang jadi lebih baik.”
-Anne Idris-
Eina Azman percaya memasak tak susah, tapi perlu rajin cuba & belajar
Siapa tak kenal dengan pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman yang kini menjadi ikon masakan yang mahir menyediakan pelbagai menu makanan yang melazatkan?
Datin Paduka Eina Azman cukup terkenal dengan perkongsian ilmu dan idea masakan melalui video di Instagram. Korang yang jadi followers mesti tahu punya!
“Pengalaman saya dalam dunia masakan telah buka pintu pelbagai peluang yang tak pernah saya sangka sebelum ni. Saya dapat kepuasan mendalam setiap kali hasilkan hidangan enak dan memenuhi selera orang, sekaligus beri impak besar dalam hidup saya secara keseluruhan. Dunia masakan bawa saya kepada jalan kerjaya yang bermakna. Saya tak jadikan memasak sebagai hobi je, tapi juga sumber rezeki yang stabil dan berpotensi untuk terus berkembang.
-Datin Paduka Eina Azman-
Menjadi seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® memberi peluang kepada Datin Paduka Eina Azman untuk kongsi pengetahuan dan pengalamannya kepada wanita di luar sana.
“Saya berharap dengan perkongsian ini, saya dapat beri inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk mencuba memasak. Memasak sebenarnya tidaklah susah, selagi kita bersedia untuk mencuba dan belajar, kita akan dapat menguasainya. Seperti pepatah tak kenal maka tak cinta.”
-Datin Paduka Eina Azman-
Datin Paduka Eina Azman banyak membantu mengasah kemahiran memasak dan meningkatkan keyakinan diri peserta dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®. Beliau puas hati apabila dapat melihat perkembangan setiap peserta.
Begitulah perkongsian Datin Paduka Eina Azman dan Anne Idris dalam membangkitkan semangat wanita melalui perjalanan mereka dalam bidang makanan. Inspirasi yang sangat berguna buat para wanita.
Bimbingan mereka telah banyak mengubah diri para peserta Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® untuk keluar daripada zon selesa dan berani mengejar impian demi kehidupan yang lebih baik.
Senang cerita, nak jadi wanita yang CUKUP BERANI, korang kena berani ambil langkah pertama untuk cuba sesuatu yang baru. Orang kata, tak cuba dulu, mana nak tahu. Ini la masanya untuk perkasakan wanita!
Nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan terkini MAGGI? Korang boleh klik SINI.