berita

Datin Red Dakwa Datuk Red Tak Pulang Sambut Raya, Netizen Siap Tanya Pasal Baju Kelawar – ‘Tak Dapat Pun’

April 22nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Isteri pertama kepada Datuk Red iaitu Datin Seri Syarifah Nur Shafila Hassim yang turut dikenali sebagai Datin Red mendakwa suaminya itu tidak pulang beraya bersama anak-anak pada tahun ini.

Artikel Berkaitan: ‘Pinjam Duit Orang Kau Mention, Pinjam Duit Aku Tak Pula Cerita Sampai Jual Tanah Nak Tolong’ – Datin Red

Tak balik beraya?

Menerusi Instagram Story (IG Story), salah seorang pengikutnya bertanyakan adakah Datuk Red ada pulang untuk menyambut perayaan Aidilfitri bersamanya tahun ini.

Menjawab kepada persoalan tersebut, Datin Red memberi bayangan seakan suaminya itu tidak pulang beraya kerana tiada gambar mahupun video bersama yang dimuat naiknya pada 1 Syawal.

Kalau saya tak post itu maknanya tak adalah itu (pulang beraya) kot kan.

Dalam pada itu, Datin Red turut menafikan dirinya ada menerima sepasang baju kelawar yang dibeli Datuk Red untuknya dan madu, Adira Suhaimi.

Terdahulu, Datuk Red tampil berkongsi satu video memaklumkan dia ingin membeli dua pasang baju kelawar berwarna merah dan hitam untuk kedua isterinya itu.

Usahawan berusia 46 tahun itu juga memaklumkan mahu menyambut Syawal bersama Datin Red dan Adira yang mungkin menjadi sambutan terakhir bersama mereka sebagai pasangan berkahwin.

Video Datuk Red

@dato..red #abgred #bangkitsemula #coffeabgred ? original sound – yulettayucha

Sumber: Instagram Datin Red, TikTok Datuk Red 

SKIP THIS AD ×