Sejak dilantik menjadi duta institut seni kulinari antarabangsa, Le Cordon Bleu pada bulan Mei yang lepas, selebriti terkenal dan berbakat besar ini turut terbang ke Perancis pada penghujung Jun yang lalu untuk meluaskan pengalamannya dalam bidang kulinari.
Mungkin masih ada yang belum tahu bahawa pemergian Fazley ke sana adalah untuk menyambung pengajiannya sebagai pelajar semester akhir dalam jurusan French Pastry di institut Le Cordon Bleu.
Untuk pengetahuan umum, Dato’ Fazley telah menghabiskan semester pertama dan keduanya terlebih dahulu di Le Cordon Bleu cawangan Sunway dan telah diangkat sebagai pelajar terbaik institut itu. Hebat kan?
Walaupun sibuk menghadiri kelas di perantauan, Dato’ Fazley masih sempat memuat naik beberapa keping gambar sewaktu menyambut hari pertama berpuasa di kota Paris.
Bukan itu sahaja, malah Dato’ Fazley juga tidak lokek ilmu berkongsi resepi dengan pengikutnya di Instagram untuk memasak hidangan yang dinikmatinya sewaktu bersahur.
Juadah bersahur Dato’ Fazley
Nampaknya zaman sekarang ni dah tak susah nak mencari lelaki yang pandai masak, apatah lagi yang rajin membuat pastri dan segala macam manisan. Memang beruntung isteri Dato’ Fazley mempunyai suami yang bijak serba serbi.
Apapun, OHBULAN! ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca kami. Oh ya, anda sebenarnya tidak digalakkan untuk melihat gambar-gambar makanan di Instagram Dato’ Fazley ketika berpuasa kerana semuanya nampak sedap belaka. Jangan sampai terbatal puasa, OK?