berita

Dato Siti Bakal Anjur Konsert Amal – Where The Heart Is

January 6th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Dato Siti Nurhaliza Live In KLCC-14Penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza akan membuka tirai 2014 dengan menganjurkan sebuah konsert amal eksklusif yang bakal berlangsung pada 7 dan 8 Februari ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Hasil kutipan yang diperolehi pada konsert amal ‘Where The Heart Is’ ini akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa dengan hasrat untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya anak yatim, golongan termiskin, orang-orang kurang upaya dan juga mangsa bencana alam.

“Siti benar-benar berharap agar semua dapat bersama-sama Siti untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini dengan membeli dan hadir ke konsert istimewa Siti ini. Syarikat-syarikat korporat turut bersama-sama menyumbang bagi menjayakan hasrat murni ini. Siti dahulukan dengan ucapan terima kasih.” – Dato’ Siti Nurhaliza.

Dato Siti Nurhaliza Live In KLCC-21Dato’ Siti Nurhaliza menjanjikan kelainan dalam konsert ‘Where The Heart is’

Bersesuaian dengan misi utama untuk mengumpul dana kebajikan Yayasan Nurjiwa, konsert yang akan berlangsung selama dua jam ini akan menampilkan kelainan dengan menjadikan warna putih sebagai warna tema yang membawa maksud kesucian dan ketelusan.

Bagi peminat Dato’ Siti, tunggu apa lagi?. Tiket boleh didapati di www.redtix.airasia.com bermula pada 13 Januari 2014 dengan harga RM800, RM518, RM238, RM 118, dan RM 88.  Di samping kita berhibur, boleh juga kita menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan.

Tak puas menatap wajah penyanyi nombor satu negara ini? Mari kita lihat gambar yang OHBULAN! sediakan untuk anda.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×