berita

Dato Siti Nurhaliza Perkenalkan Laman Web Rasmi Untuk Peminat

May 21st, 2013 | by Ai
Gaya Hidup

Dato' Siti Nurhaliza

Setelah 18 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara dan hampir 4 tahun bergelar seorang usahawan, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza akhirnya melancarkan laman web rasmi beliau iaitu Siti Nurhaliza Official menerusi laman web rasmi di www.simplysiti.com.my.

Objektif utama laman web rasmi ini diwujudkan adalah untuk mendekatkan lagi hubungan istimewa antara Dato’ Siti Nurhaliza dengan peminat-peminat beliau dan dalam masa yang sama turut menyediakan maklumat tambahan mengenai produk SimplySiti kepada pengguna setia produk kecantikan tersebut.

Apa yang menarik mengenai laman web ini adalah, Dato’ Siti telah menggabungkan segala maklumat serta aktiviti-aktiviti menarik mengenai syarikat rakamannya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd, produk kecantikan SimplySiti dan juga laman peminat beliau iaitu SitiZoners di dalam satu website yang sama.

Siti Nurhaliza

Antara promosi yang dijalankan khusus untuk peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza

Sewaktu melancarkan laman web rasmi ini Jumaat lepas, Dato’ Siti Nirhaliza telah memanjatkan rasa syukur kerana usaha beliau selama ini untuk menyatukan segala produk dibawah naungan jenama beliau sendiri akhirnya terlaksana.

Siti berasa amat bersyukur, kerana akhirnya usaha Siti bersama team SNP (Siti Nurhaliza Production) dan SimplySiti berjaya direalisasikan.

Kepada semua peminat Siti dan semua pengguna SimplySiti, layarilah laman rasmi ini kerana terdapat banyak cerita menarik dan juga banyak promosi dan hadiah hebat dari SimplySiti dan Siti Nurhaliza Productions. Siti sangat teruja sewaktu pembikinan laman rasmi ini kerana ini adalah pertama kali Siti menggabungkan segalanya tentang Siti dalam satu.

Ia lebih mudah buat semua peminat Siti untuk menuju satu laman bagi mengetahui aktiviti-aktiviti Siti. Ini juga akan turut memudahkan dan memberi peluang bagi peminat Siti dan SimplySiti di luar negara yang seringkali meminta Siti untuk melancarkan produk kami ke sana. – Ujar Dato’ Siti sewaktu melancarkan laman web rasmi ini di Sakura Kristal, Taman Melawati, minggu lalu.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk dibawah naungan Dato’ Siti Nurhaliza, anda boleh layari www.simplysiti.com.my  dan klik like di Facebook SimplySiti serta follow Instagram dan Twitter OfficialSimplySiti sekarang!

Bagi anda yang teringin menjadi salah seorang peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza, anda juga boleh mendaftarkan diri sebagai ahli rasmi SitiZoners secara langsung di website rasmi tersebut.

Dengan ini kami selitkan iklan terbaru wangian SimplySiti, yang menampilkan pelakon kacak Zain Saidin dan Cha Cha Maembong. 

Most Read Today