berita

Dato Siti Rancang Senarai Simplysiti Di Bursa Saham?

January 7th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Dato Siti Nurhaliza Live In KLCC-17Bukan sahaja berbakat besar dalam bidang nyanyian, tetapi juga mampu bergelar seorang usahawan wanita muda. Itulah dia Dato’ Siti Nurhaliza, pengasas rangkaian produk kecantikan Simplysiti.

Apabila ditanya mengenai azam tahun baru, Dato’ Siti memberitahu pihak media bahawa beliau mempunyai banyak perancangan pada tahun ini terutamanya dalam bidang perniagaan.

Artikel Berkaitan: Siti Saleha Dilantik Sebagai Wajah Baru SimplySiti

“Saya sekarang sudah mempunyai pejabat yang baru, jadi semestinya saya mahukan bisnes saya lebih berkembang. Saya ingin menjadi seorang usahawan wanita yang dihormati dan mempunyai empayar perniagaan tersendiri dan mungkin juga Siti boleh masuk ke bursa saham. InsyaALLAH. “- Dato’ Siti Nurhaliza

Dato Siti Nurhaliza Live In KLCC-10Dato’ Siti ditemani oleh suaminya di sidang media semalam

Namun, menurut beliau perkara tersebut tidak akan berlaku dalam tahun ini. Sebaliknya, mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi kerana setiap perancangan dan keputusan berkenaan perniagaan haruslah diteliti dengan rapi terlebih dahulu.

“Semuanya masih dalam perancangan dan sedang menuju ke arah itu kerana ianya adalah satu perkara yang tidak mustahil kan?” – Dato’ Siti Nurhaliza

Ternyata Dato’ Siti memiliki semangat seorang usahawan. Ianya terbukti apabila semalam beliau telah melancarkan produk terbaru daripada Simplysiti iaitu ‘Sweet Dreams’ Fragrance Mist yang mempunyai 6 variasi iaitu Ocean Fresh, Wild Berries, Musky Peach, Exotic Violet, Tropical Bouquet, dan Sugar Blossom.

Dalam pada itu, Dato’ Siti ketika ditemui juga mengatakan bahawa beliau akan mula memasuki studio tidak lama lagi untuk menyambung proses rakaman album barunya tertangguh.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×