berita

Datuk ‘Baham’ 2 Cucu Mengaku Tak Bersalah Cabul

August 2nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Harian Metro

Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas dua pertuduhan iaitu mencabul dua cucunya antara Ogos dan September tahun lalu.

Didakwa lakukan amang seksual ke atas cucu

Sekadar gambar hiasan

Pertuduhan pertama melibatkan tertuduh didakwa melakukan amang seksual secara fizikal ke atas cucunya yang berusia 10 tahun dengan memegang kemaluan kanak-kanak berkenaan serta pertuduhan kedua melibatkan tertuduh melakukan perkara yang sama bersama cucunya yang berusia lapan tahun di sebuah rumah Blok E, Felda Kepis Bahau, Jempol.

Tertuduh didakwa mengikut Sesyen 14(a) Akta Kesalahan Sesual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 7920. Jika didapati bersalah, tertuduh bakal berdepan dengan hukuman penjara hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali dan kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Harun serta tertuduh diwakili oleh peguamnya, Haresh Mahadevan.

Tertuduh merupakan seorang peneroka FELDA

Sekadar gambar hiasan

Meskipun Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh, namun peguam bela tertuduh membuat rayuan supaya pihak mahkamah menawarkan jaminan yang rendah kerana tertuduh merupakan seorang peneroka FELDA dan akan memberi kerjasama dengan pihak polis.

Susulan daripada itu, Hakim telah memutuskan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh tidak boleh mengganggu atau mendekati kedua-dua mangsa terbabit. Mahkamah telah menetapkan 2 September depan sebagai tarikh sebutan kes semula.

Sumber : Harian Metro, Berita Harian

SKIP THIS AD ×