berita

Datuk Kaya Kahwini Gadis 18 Tahun Bercerai Selepas 2 Bulan

August 10th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai seorang duda kaya di Jawa Barat, Indonesia menikahi gadis berusia 18 tahun. Namun begitu, pasangan itu dilaporkan sudah bercerai setelah dua bulan mendirikan rumah tangga.

Artikel berkaitan : Duda Kaya Nikah Gadis 18 Tahun, Taja Keluarga Mentua Pergi Umrah

Dah bercerai?

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Haji Sondani berkahwin pada 18 Mei lalu dengan seorang gadis bernama Fia Barlanti. Perkahwinan pasangan itu menjadi perbualan hangat netizen kerana jarak usia mereka adalah 47 tahun serta saudagar tanah itu memberi wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (RM149,346.15), sebuah rumah, kereta dan menanggung perbelanjaan umrah untuk semua ahli keluarga pengantin perempuan.

Difahamkan, selepas pasangan itu bernikah, mereka serta ahli keluarga belah perempuan telah pergi ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Walau bagaimanapun, menerusi satu hantaran di Instagram, lelaki berusia 65 tahun itu dikatakan sudah berpisah dengan isterinya. Perkara terbabit diberitahu oleh seorang individu yang mendakwa dirinya adalah jiran kepada pasangan tersebut.

Perkahwinan mereka cuma bertahan selama dua bulan dan sekarang mereka dah bercerai. Pasangan itu adalah jiran saya.

Terlalu cepat mereka bercerai, Kasihan si datuk (Sondani) sebab dia tengah sakit.

Sumber : Kompas.com

SKIP THIS AD ×