berita

Datuk Meninggal Dunia, Shila Amzah Sedih Tak Dapat Pulang

May 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Shila-Amzah

Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Shila Amzah yang baru saja kehilangan datuk tercinta. Difahamkan, datuk Shila iaitu Sarman Radimon telah menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Menerusi caption yang ditulis di laman sosial Instagram, Shila dipercayai masih berada di China dan tidak dapat pulang menghadiri upacara pengkebumian datuknya.

Dapat kami gambarkan perasaan sedih Shila yang tidak dapat bersama dengan keluarga tercinta pada saat-saat getir ini.

Shila

Melalui Instagram adiknya, Syada Amzah, kami difahamkan arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg.Labohan Dagang kira-kira dua jam yang lalu.

Apapun, kami doakan Shila sekeluarga tabah dengan dugaan ini dan semoga arwah datuknya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya. Al-Fatihah.

SKIP THIS AD ×