berita

Datuk Rahim Razali Dimasukkan Ke ICU

October 28th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

DatukRahimRazali_5070

Malam semalam sekitar jam 10, kebanyakan rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita seniman negara, Datuk Rahim Razali dikejarkan ke hospital.

Khabarnya, Datuk Rahim yang juga pengulas sukan terkenal mengalami kesakitan di kepala sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama di Kuantan.

Screen Shot 2013-10-28 at 10.42.23

Menurut laporan Astro Awani, beliau kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sunway Medical Centre dan berada di dalam keadaan stabil.

Buat semua pembaca OHBULAN!, marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan Datuk Rahim Razali supaya beliau lekas sembuh.

Update:

Sebentar tadi menerusi laporan Astro Awani, Datuk Rahim dikatakan perlu menjalani pembedahan segera selepas doktor mengesahkan pembuluh darah di bahagian kepalanya pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak.

Untuk makluman, Datuk Rahim ada mengadu sakit kepala kepada anaknya sejak seminggu lalu namun tidak berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan akibat kesibukan bekerja.

Bagaimanapun seniman itu telahpun dipindahkan ke wad biasa sementara menunggu untuk dibedah pada hari Rabu atau Khamis ini.

SKIP THIS AD ×