berita

Datuk Wira Lee Chong Wei Buat Apa Dekat TikTok Tu? Jom Usya Sikit!

June 17th, 2022 | by Emir
Kini Trending

Dianggap sebagai salah satu sukan paling popular di Malaysia, penyokong badminton sering membuat siaran video di TikTok dengan hashtag seperti #badminton dan menerima lebih 280.5 ribu muat naik video dan 5.7 bilion tontonan.

Hashtag #badmintonplayer pula mencapai lebih kurang 48.3 ribu video yang dibuat dan 1.1 bilion tontonan, dan #thomascup memperoleh hampir 6.2 ribu muat naik video dan 142.6 juta tontonan.

Bersempena dengan pelbagai acara sukan yang diadakan di separuh pertama tahun ini, hero sukan paling disayangi rakyat Malaysia, Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei JP telah menyertai TikTok dan memberikan sokongan untuk para atlet negara.

Beliau juga banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam persada sukan, kehidupan hariannya dan berinteraksi dengan pengguna lain di TikTok.

Nak tahu apa lagi yang Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei JP buat di TikTok? Jom kami kongsikan.

Sokongan Kepada Para Atlet

@leechongweiofficial Congratulation Malaysia raih pingat emas pertama dan Kedua menerusi penerjun Nur Dhabitah Sabri dalam acara 1m papan anjal individu wanita dan Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki! #MalaysiaBoleh #MalaysiaRoar #SEAGames31 ? original sound – Lee Chong Wei Official

Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek berkata, selepas tamatnya Piala Thomas dan Sukan SEA 31 baru-baru ini, mereka menjangkakan orang ramai akan terus tertarik kepada TikTok untuk melihat dan berkongsi detik-detik ikonik dalam sukan, termasuk Perlawanan Terbuka Malaysia akan datang.

Sebab itulah mereka teruja mempunyai wira negara kita, Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei JP di platform ini untuk bersatu dengan rakyat Malaysia bagi menyokong atlet negara.

Memandangkan lebih ramai orang yang mula memanfaatkan TikTok sebagai platform untuk mempelajari kemahiran baharu, Darren juga berharap dapat menjalinkan hubungan profesional dengan pengguna yang bersemangat agar mereka juga dapat merasai semangat kesukanan dalam diri masing-masing.

Meraikan semangat peminat badminton

Sebagai seorang pesara ahli sukan, Datuk Wira Dr Lee Chong Wei JP berusaha untuk terus mewariskan sukan tercinta tanah air kepada generasi akan datang dan memupuk semangat kesukanan dalam generasi muda di Malaysia.

Beliau juga sentiasa meraikan semangat peminat badminton dan sangat berbangga apabila sukan ini mendapat tempat dihati peminat sukan tanahair.

Katanya, beliau juga sangat tidak sabar untuk menggunakan platform TikToknya bagi berkongsi cerita, mengenali peminat dengan lebih dekat dan berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang atlet.

#BadmintonLegendsLIVE

Bagi peminat sukan badminton, jangan lupa untuk saksikan penampilan istimewa Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei JP bersama dengan lagenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat dalam TikTok live beliau pada 22 Jun 2022 nanti.

Ini merupakan kali pertama TikTok live seumpamanya diadakan bersempena dengan Perlawanan Terbuka Malaysia yang akan bermula pada 28 Jun dan berakhir pada 3 Julai 2022 nanti.

Kedua mereka akan mengimbau kembali perlawanan-perlawanan lepas termasuklah yang telah disertai oleh kedua-dua lagenda ini.

Muat turun atau buka aplikasi TikTok hari ini untuk menonton siaran secara langsung #BadmintonLegendsLIVE atau ikuti Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei JP di akaun TikTok beliau.

SKIP THIS AD ×