berita

DBKL Serbu Rumah Urut ‘Kunyit’

March 30th, 2021 | by Iera Zahirah
Filem Tempatan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas terhadap Permis Urut (GAY ) pada petang Isnin lalu. Permis terbabit telah beroperasi tanpa lesen di Warisan City View, Cheras kuala Lumpur.

Rumah urut diserbu

Premis terbabit mendapati aktiviti yang tidak bermoral (urutan GAY) ditawarkan di tingkat dua premis berkenaan. Serbuan tersebut melibatkan lapan buah bilik yang dijadikan tempat urut dan aktiviti seks sejenis. Walau bagaimanapun, hasil semakan mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah sebagai pusat urut daripada DBKL. Serbuan yang telah dijalankan mendapati seramai lima lelaki warga Vietnam, Syria dan Indonesia bekerja sebagai tukang urut. Manakala, dua orang warga Myanmar merupakan pelanggan dan seorang warga Indonesia yang merupakan penjaga premis ditahan dan telah diambil keterangan.

Tindakan penguatkuasaan telah mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan tindakan menyita 25 pelbagai pealatan yang dijumpai dia premis terbabit. Penutupan premis telah dilakukan serta merta menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Operasi seperti ini akan terus dilaksanakan dari masa ke masa.

Sumber : DBKL

SKIP THIS AD ×