berita

Dedah Anak Dengan Pendidikan Seks Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol

October 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes rogol melibatkan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Hal ini disebabkan kurang pendedahan terhadap kanak-kanak perempuan tentang cara-cara melindungi diri dari menjadi mangsa syaitan bertopengkan manusia. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya pendidikan seksual kepada kanak-kanak.

Menerusi Twitter Fairuz, menerangkan beberapa perkara penting yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak tentang pendidikan seks. Perkara-perkara yang diterangkan dapat membantu kanak-kanak mengenal pasti anggota badan yang boleh disentuh dan yang tidak boleh disentuh.

Masyarakat jadikan kemaluan bahan lawak

Penerangan mengenai anggota sulit tubuh badan haruslah diberitahu secara terang-terangan. Hal ini dapat membantu kanak-kanak menjaga diri agar tahu menghormati anggota badan tersebut. Memberi nama kiasan kepada anggota sulit seolah-olah mempersenda dan tidak sopan.

Sikap terbuka kepada soalan anak-anak

Ajar anak-anak sentuhan okay dan tidak okay. Secara tidak langsung kanak-kanak boleh mengetahui keadaan mereka sedang berada dalam keadaan gangguan seksual ataupun tidak. Ibu bapa juga harus bersikap terbuka jika anak-anak bertanya mengenai maksud rogol atau soalan lain berkaitan dengan seksual. Hal ini kerana, kanak-kanak hanya mempercayai ibu bapa dan tempat mereka bergantung.

Rogol bukan sebab cara berpakaian

Tanggungjawab ibu bapa untuk didik anak

Sumber: Fairuz

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!