berita

Dedah Diri Sudah Bankrap, Netizen Nasihat Jangan ‘Judge’ Datuk Red – ‘Dia Dah Burnt Out Habis Ni’

March 27th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seperti yang diketahui ramai, rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu seakan telur di hujung tanduk apabila penyanyi tersebut memfailkan penceraian terhadap suaminya itu.

Bukan itu sahaja, Adnan yang turut dikenali sebagai Datuk Red juga bakal kehilangan isteri pertamanya iaitu Datin Syarifah Nor Shafila yang turut memfailkan penceraian terhadapnya.

Artikel Berkaitan: Datuk Red Dedah Sudah Muflis Sejak 2019, Tanggung Hutang RM5 Juta – ‘Isteri Banyak Tutup Aib Saya’

Datuk Red sudah bankrap

Datuk Red

Terbaharu Datuk Red mendedahkan bahawa dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis dan bankrap selepas syarikat hartanah dan perumahan yang diusahakannya sudah tidak lagi beroperasi sejak 2019.

Menerusi temu bual bersama Mstar itu, Datuk Red juga memaklumkan dia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM5 juta.

Tambah usahawan berusia 46 tahun itu lagi, dia juga terpaksa menumpang belas ihsan isterinya untuk perbelanjaan diri serta anak-anak.

Netizen minta jangan ‘judge’

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian dan pelbagai respon daripada netizen.

Menerusi ciapan yang dimuat naik @apanakdikato di aplikasi X, individu tersebut menitipkan pesan buat wargamaya yang lain supaya tidak mentertawakan pendedahan yang dibuat Datuk Red.

Menurutnya, Datuk Red sudah terlampau penat dengan ujian yang perlu dilaluinya sehinggakan sudah tidak malu untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum.

Dia dah ‘burnt out’ habis dah ini sampai sanggup cerita semua aib dia pada ‘public’.

Tolong lah jangan ketawakan atau ‘judge’ dia, aku tumpang simpati juga.

Sekadar info, Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan Datuk Red dan Adira dilihat gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai berhubung proses perceraian mereka.Pada prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan Adira manakala penyanyi tersebut tegas dengan pendiriannya untuk berpisah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

SKIP THIS AD ×