berita

Dedah Pernah Ditipu & Diperguna Jutawan, Youtuber Kongsi Liku Sebelum Kumpul Lebih Sejuta Pengikut IG

March 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa yang tak kenal Zukie yang sering menghasilkan pelbagai video lawak di YouTube. Walaupun video yang dihasilkan berunsurkan lawak semasa, namun dia turut menyelitkan nilai-nilai moral untuk diikuti masyarakat. Bermula dengan video pendek, sekarang Zukie mampu menghasilkan filem pendek arahannya sendiri.

Terbaru melalui Facebook Zukie atau nama sebenarnya Zulkifli Mohamad, berkongsi kisahnya yang sudah 5 tahun dalam bidang penghasilan video. Banyak halangan dan dugaan yang ditempoh olehnya sebelum mencapai kejayaan hingga ke hari ini. Kini dia telah mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram dan 580 ribu di YouTube.

Selalu ditipu dan dipergunakan

Dia bermula menghasilkan video menggunakan telefon bimbitnya sebelum beralih kepada peralatan yang lebih canggih. Dia turut memberitahu bahawa sebelum ini dia hanya lebih cenderung berada dibelakang tabir, namun akhirnya dia berkeyakinan untuk berdiri dihadapan kamera.

Aku bukan dari universiti filem

Zukie banyak belajar cara menghasilkan video melalui YouTube memandangkan dia bukan seorang yang berpelajaran dalam industri ini. Kesemua kemahiran dipelajarinya melalui internet.

Minat mendalam buat aku terus hasilkan video

Disebabkan minat yang mendalam dalam penghasilan video, dia tidak berputus asa untuk menghasilkan video-video untuk peminatnya. Sokongan dan dorongan daripada rakan-rakannya turut menjadi faktor untuk dia terus berkarya.

Sumber: Zukie

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×