Sebelum ini, viral di media sosial apabila bapa kepada Allahyarhamah Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat atau lebih mesra dengan panggilan Pak Doddy yang didakwa merebut harta peninggalan anak perempuannya itu.
Artikel berkaitan : Pasangan Pelakon Maut Kemalangan, Pemandu Mohon Maaf Kerana Lalai – ‘Saya Menyesal Tak Cakap Saya Mengantuk’
Artikel berkaitan : Isu ‘Tergilakan’ Harta Masih Belum Selesai, Kini Bapa Dakwa Mahu Kubur Vanessa Digali & Dipindahkan
Artikel berkaitan : Belum Genap Sebulan Meninggal, Ayah Vanessa Didakwa Sibuk Bahagi Harta & Ketepikan Hak Cucu
Terbaharu, bapa kepada Allahyarham suami Vanessa Angle iaitu Haji Faisal meluahkan rasa terkilan apabila Pak Doddy memberitahu bahawa Vanessa hamil sebelum berkahwin dengan anaknya. Pendedahan itu dilihat sebagai satu perkara yang mengaibkan anaknya sendiri.
Kesal dengan kenyataan Pak Doddy
Menurut laporan Liputan6, Faisal meluahkan rasa kesal apabila menantu kesayangannya itu dituduh dengan kenyataan yang tidak benar oleh ayah tirinya sendiri.
Tak betul itu (Vanessa hamil sebelum berkahwin).
Ujarnya, dia berasa hairan kerana besannya itu seolah-olah mengetahui isu kehamilan berkenaan sedangkan Pak Doddy dan Vanessa sudah terputus hubungan ketika itu.
Saya nak tanya, sebelum menikah tu dah berapa lama dia tak berjumpa dengan anaknya dari mana dia tahu yang Vanessa hamil?
Dedah Vanessa hamil sebelum berkahwin
Menerusi Youtube Uya Kuya TV pada Rabu lalu, Pak Doddy mendedahkan bahawa anak perempuannya itu hamil anak luar nikah sebelum berkahwin dengan suaminya, Bibi Andriansyah.
Susulan daripada itu, Pak Doddy terpaksa merestui perkahwinan anaknya itu walaupun pada awalnya dia tidak bersetuju.
Jadi bersetuju kerana terpaksa, sebab salah seorang daripada mereka sebagai ibu bapa kita tahu mana yang sesuai untuk Daddy. Perkahwinan itu dihadiri saya, begitu juga dengan Pak Faisal, mungkin kerana (Vanessa) sudah mengandung.
Kami berdua ibu bapa apabila melihat anak yang sudah mengandung sebegitu, kenapa tidak kami biarkan sahaja? Suka atau tidak, kita kena kahwinkan, walaupun hati En Faisal tak setuju, saya pun tak setuju, tapi dah jadi macam tu.
Pendedahan Pak Doddy
Sumber : Liputan6, Pikiran Rakyat