

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Dr Zaitol Salleh beberapa hari lalu membuat lawatan bertemu anak kepada pensyarah mangsa bunuh suami.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Siti Zailah mengucapkan takziah dan mendoakan semoga keluarga serta sahabat mangsa tabah mengharungi ujian. Walau bagaimanapun, beliau ditegur gara-gara memuat naik identiti anak mangsa.
Didakwa cuai lindungi hak kanak-kanak

Menerusi kenyataan media, wanita Pakatan Harapan (PH) meluahkan rasa dukacita dengan tindakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. Mereka mendakwa Siti Zailah cuai dalam melindungi hak kanak-kanak apabila memuat naik posting di media sosial.
Dakwanya lagi, tindakan itu bertentangan dengan Akta Kanak-Kanak yang melindungi kepentingan, kebajikan dan keselamatan kanak-kanak.
Seharusnya lebih peka

Dalam kenyataan itu lagi, wanita PH menegaskan beliau seharusnya lebih peka dan sensitif dengan hak kanak-kanak dan menunjukkan tauladan yang baik kepada orang awam dan media. Dakwanya, tragedi traumatik ini tidak sepatutnya disebarluaskan.
Sumber : Marina Ibrahim



![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)

![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)