berita

Dek Kerana Elak Ular, Wanita Sarat Hamil Maut Kemalangan, Bayi Berjaya Diselamatkan

October 20th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita sarat hamil dilaporkan maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta dalam satu kejadian di Kilometer 29 Jalan Jeniang Sik-Pedu di Kampung Charuk Padang, semalam.

Ibu hamil maut kemalangan

Memetik laporan Kosmo, insiden tersebut dipercayai berpunca apabila mangsa, Nor Hidayah Abdullah berusia 27 tahun yang menunggang motosikal cuba mengelak seekor ular sebelum motosikal tersebut masuk ke laluan kereta lalu berlakunya perlanggaran.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik iaitu Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, pembonceng yang merupakan adik mangsa mengalami kecederaan manakala mangsa yang cedera parah pada anggota badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, bayi dalam kandungan mangsa sempat diselamatkan di Hospital Daerah Sik. Pemandu kereta jenis Perodua Axia iaitu seorang lelaki berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×