berita

Dek penangan MFJ, 4 Bulan Menganggur, Terus Dapat Kerja!

July 27th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Dilema nak mencari kerja ni, ada yang menyifatkan bagai berkelahi dalam kepuk. Jangan kan kata makan saja tak lalu, mandi pun kadang tak basah. Dengan pasaran kerja yang tidak menentu sekarang, sampai berpuluh-puluh syarikat kita hantar resume, tetapi satu pun susah nak sangkut untuk dipanggil temu duga.

Kadang-kadang ada masalah resume, cara percakapan, cara menjawab soalan, semuanya akan diambil kira bila ke temu duga. 

Tapi ada dua testimoni yang admin nak kongsi dengan korang ni betul-betul membuka mata mengenai betapa mudahnya untuk kita ‘dilamar’ kerja sekarang. Dengar cerita, dari 4 bulan menganggur terus dapat kerja!

Wow, jom baca dengan lebih lanjut.

4 bulan menganggur, akhirnya ditawarkan pekerjaan melalui Karnival Kerjaya PERKESO

“Tempoh empat bulan tanpa pekerjaan bukanlah mudah. Tetapi, saya bersyukur diterima bekerja di syarikat yang menawarkan laluan kerjaya yang cerah melalui Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) PERKESO yang diadakan di Alor Setar dan Kulim, Kedah sebelum ini.”

Menurut Majidan binti Ahmad Shukri seorang Engineer Module Planning, sepanjang proses pencarian kerja, pegawai PERKESO banyak membantu beliau dalam memaklumkan iklan jawatan kosong yang ditawarkan di Karnival Kerjaya.

Majidan juga berpendapat bahawa  dengan adanya Karnival Kerjaya ini, ia dapat membantu beliau mengenali banyak syarikat dan recruiter di negeri ini.

Pegawai PERKESO bantu kurangkan beban, kesukaran serta cabaran mencari kerja

Gopi Nath Jayabalan yang kini merupakan seorang Cloud Change Manager di salah satu syarikat terkemuka sangat mengesyorkan Karnival Kerjaya serta portal MYFutureJobs untuk meningkatkan peluang mendapat kerja.

Selain itu, beliau juga merasakan bahawa platform ini sangat membantu untuk calon-calon yang sedang mencari pekerjaan untuk lebih dikenali oleh syarikat-syarikat yang sedang membuka peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang mereka.

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO juga banyak membantu dan menangani kesukaran, bebanan dan cabaran yang dihadapi oleh beliau.

Jangan risau, Karnival Kerjaya MFJ ni belum tamat lagi! Ia kembali lagi di Kedah!

Mana orang Kedah yang tengah cari kerja tu? Ha mai lah turun ramai-ramai ke Karnival Kerjaya MYFutureJobs ni! Bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim, Kedah, Karnival ini akan berlangsung selama 3 hari tau!

Bermula dari 28 Julai dan berakhir pada 30 Julai 2023, karnival ini akan start pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Confirm hangpa  semua nak tau, hat apa ada dekat karnival ni? Mai nak habaq a ada lebih 4,000 peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor dan industri menanti korang. Nak datang tengok-tengok dulu pun boleh, mana tahu dari situ akan tercetusnya minat baru kan?

Boleh belajar macam mana nak buat resume juga secara professional!

Kalau tak tahu buat resume, ha time ni la nak belajar dari profesional! Confirm tak ada masalah dah nanti. Selain itu, terdapat juga Pameran Skim Suri Rumah, temu duga bersama majikan dan siri seminar kerjaya.

Memang rugi lah kalau tak datang sebab karnival ni macam one stop centre bagi yang tengah mencari kerja. Semuanya ada di bawah satu bumbung! Tak perlu pening, serabut kepala lagi nak ke hulu, ke hilir mencari kerja. 

Pi habaq dekat kawan-kawan, anak-anak menakan hangpa noh soh daftar la ni juga di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair. Jumpa hangpa kat sana!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×