Pelakon Mustaqim Bahadon mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran untuk membintangi drama daripada mana-mana pihak produksi sepanjang dua tahun kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: ‘Tolong Fikir Nak Suami Kulit Gerhana Pakai Baju Strawberry Matcha, Macam Perarakan Hari Merdeka’ – Mustaqim Bahadon

Saya masih berlakon

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Mustaqim, 41, memaklumkan kepada pihak produksi bahawa dirinya tidak tertumpu pada filem.

Tambah Mustaqim, dia masih terbuka untuk menerima sebarang tawaran berlakon susulan ramai yang sering bertanyakan mengenai penglibatannya dalam drama.

Saya seorang pelakon.

Nak bagitahu penerbit, stesen televisyen dan pengurus produksi, saya masih berlakon drama tau.

Saya tidak fokus filem saja. Ada yang tanya saya ambil lagi ke tawaran drama atau telemovie.

Dalam pada itu, Mustaqim mengakui tidak terlalu memilih dalam soal pekerjaan dan terbuka untuk menerima apa sahaja tawaran yang diberikan termasuk penglibatannya dalam iklan.

Ya saya ambil. Awak panggil untuk iklan pun saya ambil.

Dekat dua tahun juga tiada yang hubungi untuk tawaran berlakon drama.

Sumber: Threads @mustaqimbahadon