Sekadar gambar hiasan
Tidak dinafikan, kebersihan merupakan satu fitrah manusia yang wajib dipelihara. Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap rakan serumahnya yang dikatakan pengotor dan pemalas.
Penyewa dari ‘neraka’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi ciapan mesej yang dikirim kepada ConfessTweetMy, si pengadu memberitahu dia sudah tidak tahan dengan sikap rakan serumahnya yang sangat pemalas sehingga pinggan makan yang digunakannya ditinggalkan di sinki sampai berkulat. Bukan itu sahaja, meja makan juga dibiarkan dalam keadaan kotor dan hanya menunggu orang lain yang membersihkannya.
Kalau tengok penampilan luaran memang tak akan sangka perangai dia buruk sebenarnya. Dekat luar wangi, handsome memang stok pilihan menantu tapi dekat rumah fuhh macam ‘syaiton’.
Duduk merokok dekat ruang tamu tengok tv sampai berkepul asap. Rumah ni dah bau kepam sebab dia. Paling sakit hati dah basuh baju tak reti nak angkat. Dia biar je tunggu orang masukkan baju dia dalam bakul sebab nak pakai mesin basuh tu.
Lebih menyakitkan hati apabila rakan serumahnya itu dengan selambanya menggunakan barangan orang lain seperti sabun pakaian tanpa meminta keizinan terlebih dahulu.
Tak pernah sekali pun dia sapu rumah. Sekali pun tak. Rumah ni berhabuk sebab rokok dia tu tahu tak?
Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada dalam kalangan warganet turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka. Menurut mereka, kebersihan diri dan persekitaran merupakan tanggungjawab setiap individu.
Respon warganet
Sumber: ConfessTweetMy