berita

‘Demam’ AJL Dah Melanda! Lagu Mana Bakal Dinobat Anugerah Juara Lagu 33?

February 1st, 2019 | by Wan
Kini Trending

Bahang Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) makin terasa! Diam tak diam, esok 12 lagu bakal berentap di pentas final AJL 33. Paling mencuri perhatian ialah tiga lagu hasil ciptaan Hael Husaini iaitu Haram, Hajat dan Nisan Cinta yang berjaya mara ke peringkat akhir pada 3 Februari 2019 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil. Korang semua dah ready ke?

Saingan sengit

Antara lagu yang bakal berentap bagi merebut Anugerah Juara Lagu 33 nanti ialah Sampai Bila (Misha Omar), Semakin (Siti Sarah), Bunga (Ara Johari), Luluh (Khai Bahar), DiMatamu (Sufian Suhaimi), Kau Pun Sama (Syamel), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra), Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer), Hajat (Hael Husaini), Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) dan Bunga (Altimet).

Namun hasrat peminat muzik tanah air untuk melihat persembahan ‘otai’ rap negara tidak kesampaian apabila Altimet nekad tidak akan beraksi menyanyikan lagu Bunga pada malam anugerah itu nanti. Pendirian Altimet ini bertepatan dengan hasratnya yang mahu bersara secara rasmi daripada bergelar penyanyi sejak November tahun lalu. Menurut info awal, kumpulan Defam bakal menyanyikan lagu Bunga milik Altimet nanti.

Paling menarik perhatian ialah penampilan beberapa penyanyi ‘senior’ seperti Misha Omar, Siti Sarah dan Jaclyn Victor yang dijangka bakal memberi saingan sengit kepada penyanyi baru yang lebih dikenali sebagai ‘budak baru nak up’.

Alif Satar, Sherry kemudi AJL

Sama seperti tahun lalu, AJL33 mengekalkan gandingan Sherry Al Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara selain turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kumpulan Search, artis-artis genre hip-hop tanah air dan BBNU seperti Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali.

Karpet Merah AJL33 turut boleh ditonton di YouTube TV9Malaysia, aplikasi Hot FM, media sosial Instagram Senang Terhibur dan di laman web atau aplikasi tonton. Liputan lanjut Karpet Merah AJL33 dari 9.00 malam hingga 9.30 malam akan disiarkan khas di YouTube TV9Malaysia.

Jangan lupa malam Ahad nanti okay guys? Korang rasa lagu mana yang bakal dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu 33 pada tahun ini? Menarik untuk disaksikan!

Ramalan kami TOP 3 – Jatuh Bangun (Haqiem Rusli) Hajat (Hael Husaini) dan Sampai Bila (Misha Omar).

SKIP THIS AD ×