berita

Demam Gwiyomi Melanda Malaysia

April 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-04-19 at 11.23.46 AM

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja demam Gwiyomi melanda rakyat Malaysia. Buka saja laman Facebook, pasti akan terpapar video Gwiyomi yang dirakam sendiri. Kami pasti, semuanya cuba untuk kelihatan comel dengan Gwiyomi, kan?

Bukan saja disitu, dengan adanya aplikasi Keeks, lebih ramai individu telah memuat-naik video Gwiyomi mereka ke akaun Keek masing-masing. Agak mengejutkan apabila keputusan carian “Gwiyomi Malaysia” di laman Keek memberikan lebih 1,400 buah video.

Oh ya, anda masih tertanya-tanya apa itu Gwiyomi? Gwiyomi Song adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi K-Pop bernama Hari. Lagu ini diinspirasikan dari gerakan tangan yang dicipta oleh ahli kumpulan BTOB iaitu Jung Ilhoon. Gerakan itu dipanggil “Gwiyomi Player” dan ia merupakan pergerakan tangan sambil mengira nombor dalam gaya yang comel.

Screen Shot 2013-04-19 at 11.27.12 AM

Mari kita lihat beberapa buah video Gwiyomi tempatan pilihan kami dan turut dilampirkan dibawah ialah video asal Gwiyomi oleh Jung Ilhoon.

Nampaknya kami pun rasa macam nak ada video Gwiyomi sendiri la. Wahhh!

Video asal Gwiyomi oleh Jung Ilhoon (ahli BTOB)

SKIP THIS AD ×