Pelakon Amyra Rosli dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur selepas mengalami demam panas.
Kena tahan di hospital
Menerusi Instagram Stories, Amyra, 35, memberitahu dia putuskan untuk pergi semula ke hospital pada awal pagi selepas suhu badan naik hingga 40 darjah celsius.
Menurut pemilik nama Nur Amira Izzati Rosli, kali kedua kehadirannya telah menyebabkan dia ditahan di wad bagi pemeriksaan selanjutnya.
Semalam (Rabu) malam saya dah datang hospital. Doktor suruh admit sebab dia kata badan saya panas sangat tapi saya cakap saya drip saja sebab saya kena kerja.
Dengan yakinnya konon pasti sihat lepas drip. Doktor pun bagi saya balik lepas dua jam mereka pantau saya. Sebelum balik, doktor ingatkan lagi lebih baik saya admit tapi saya nak balik juga.
Lepastu hari ini (Khamis) demam panas yang suhu 39 hingga 40 celsius yang tak berkesudahan. Sekarang ini kat kecemasan dan kena admit la jawabnya. Lain kali jangan degil cakap doktor.
Minta tolong kongsi petua
Dalam hantaran berbeza, pelakon drama Nur dan Nur 2 turut meminta pertolongan wargamaya untuk mencadangkan sebarang petua untuk demamnya cepat kebah yang disyaki berpunca disebabkan dos penggalak (booster).
Selamat berehat Amyra Rosli. Ada petua tak lepas booster kalau demam, sakit badan apa nak buat?
Terdahulu, Amyra dan aktor Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2.
Sumber: Instagram @aamyrarosli