berita

‘Demi Allah Tak Tuju Pada Dia’ – PU Rahmat Respon Dakwaan ‘Dengki’ Bantuan Covid-19 Ustaz Ebit Lew

March 27th, 2020 | by faris
Kini Trending

Satu posting seorang individu berkenaan seorang ustaz selebriti yang dikatakan tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew viral dan menjadi bualan netizen tempoh hari. Turut terpalit dengan isu itu adalah PU Rahmat yang turut meninggalkan komen pada posting ustaz selebriti berkenaan.

Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, PU Rahmat tampil memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Gaduh dengan Ustaz Ebit?

Menurut pendakwah ini, dia tidak tahu-menahu ustaz selebriti berkenaan menujukan kepada siapa posting berkenaan kerana tiada nama disebut. Namun, apa yang ditekankan adalah standard operation procedure (SOP) ketika perintah kawalan pergerakan ini berlangsung.

Wallah. Demi Allah, saya tak tuju pada Ustaz Ebit Lew. Saya tak tahu ustaz *** tuju atau tidak buat Ustaz Ebit. Sebab yang saya tahu, saya. Sebab dekat status tu ustaz *** tak sebut pun nama Ustaz Ebit Lew.

Kenapa saya tulis berkaitan dengan standard operation procedure (SOP), sebabnya isu virus ni isu yang besar. Kita tak tahu orang yang bawa ni tu orang yang carrier. Kita risau orang ambil tindakan sendiri.

Matlamat tak menghalalkan cara. Contohnya orang tu matlamatnya baik, tapi dia sendiri tak tahu dia carrier (pembawa). Dia nak bagi sumbangan tapi tiba-tiba dia tak tahu dia adalah pembawa virus. Takut dia jadi penyebar. Sebab itulah semua orang perlu duduk rumah masing-masing.

Untuk melindungi namanya dari terus diperkatakan, PU Rahmat juga telah membuat laporan polis berkenaan posting Facebook individu berkenaan.

Saya dah dapat nasihat daripada seorang Inspector Officer (IO) dan juga peguam saya untuk ambil tindakan, dan juga saya dah buat laporan polis. Bukan untuk sakiti dia, bukan untuk buat rasa takut. Tapi kamu dengan niat sama ada secara sedar atau tidak telah memburukkan nama saya.

Pemilik posting tampil balas kenyataan PU Rahmat

Kalau bukan Usraz Ebit Lew, alhamdulillah

 

Sumber: PU Rahmat

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×