berita

‘Demi Masa Depan Anak-Anak’ – Peminat Gembira Fasha & Jejai Kembali Bersatu?

October 5th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semua sedia maklum, perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai berakhir pada Januari tahun lepas. Walau bagaimanapun, hubungan mereka masih baik kerana anak-anak.

Terbaru, Fasha dan Jejai dikatakan baik semula kerana sekeping foto. Walaupun tiada gambar bersama, namun Jejai dan Fasha , masing-masing mengeluarkan gambar yang sama menerusi akaun Instagram. Adakah mereka sudah berbaik?

Demi masa depan anak anak

Alhamudlillah, Tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayahNya kepada saya dan Rizan, jalan-jalan kebaikan di antara kami, dengan kami dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak dan saya sangat bersyukur dengan anugerah ini.

Menerusi akaun Instagram milik Fasha Sandha, dia juga meluahkan rasa bersyukur kerana sudah berbaik dengan Rizal.

Sudah mencapai kebaikan bersama

Jejai juga memuat naik foto yang sama dengan kapsyen yang sama. Semoga perkara baik ini berkekalan hingga ke syurga. Inn sha Allah.

Meskipun Fasha dan Jejai belum membuat sebarang kenyataan mengenai status terkini rumah tangga beliau, peminat sudah mula gembira dengan perkhabaran tersebut.

Peminat gembira

Sumber : fashasandha , rizalashramrnt

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×