berita

Demi Menyara Kehidupan, Dua Beranak Sanggup Cari Kotak Di Tempat Sampah Sampai Malam

June 28th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Mohamad Firdaus, berkongsi sekeping gambar yang cukup membuat netizen berasa sedih dan pilu melihat seorang lelaki bersama anaknya mencari kotak di tempat pembuangan sampah.

Pada mulanya enggan mengambil wang yang diberikan

Sekadar gambar hiasan

Dia bersama anaknya sanggup mencari kotak-kotak sehingga lewat malam demi mencari sesuap nasi. Firdaus mengatakan bahawa dia terserempak dengan kedua-duanya itu pada pukul 8 malam di Taman Suria, Jitra, Kedah.

Saya berhenti tanya, dah makan ke bang? Dia jawab dah makan, cari kotak nak jual esok. Saya tanya anak berapa orang. dia jawab lima. Saya hulurkan duit, dia jawab tak nak.

Walau bagaimanapun, pada mulanya lelaki berkenaan enggan mengambil duit yang diberikan kerana risau dengan pandangan orang lain terhadap dirinya, namun anaknya mengambil wang tersebut. Bapa kepada lima anak berkenaan hanya mampu bergenang air mata sebagai tanda bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu berasa sebak melihat dua beranak berkenaan yang sanggup mencari kotak ketika jalan di kawasan sunyi itu kerana tiada orang keluar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mungkin depan berlapar tak makan lagi. Siapa tahu. Kita mungkin kenyang. Tapi PKP kita kena ingat ada insan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang ada yang susah dan gaji hari je.

‘Semoga mereka sekeluarga dipermudahkan urusan’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan lelaki berkenaan bersama anaknya itu mencari kotak di tepi tong sampah. Malah ada juga di antara mereka mendoakan agar keluarga itu dimurahkan rezeki.

Sumber : Firdaus Legacy

SKIP THIS AD ×