berita

Demi Nak Dapatkan Gambar Tertuduh, Jurugambar ‘Bersilat’ Di Mahkamah

March 19th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Aksi seorang jurugambar yang dilihat seakan ‘bersilat’ ketika mengambil gambar tertuduh di sebuah mahkamah mendapat perhatian ramai. Walaupun dihalang, jurugambar tersebut dilihat tidak berputus asa demi mendapatkan gambar terbaik.

Jurugambar siap bersilat untuk dapatkan gambar

Menerusi video perkongsian The Star itu, jurugambar tersebut mengikuti rapat tertuduh dari awal hingga akhir, malah sempat menarik kain yang dipakai oleh tertuduh namun kain itu tidak terjatuh sepenuhnya. Aksinya itu mendapat perhatian pengguna media sosial. Ada yang berkata seolah sedang menyaksikan tarian naga!

Ada dakwaan mengatakan lelaki tersebut bukanlah jurugambar ‘sebenar’ memandangkan caranya untuk mendapatkan gambar itu dilihat agak berlebihan.

Bekas jurusolek didakwa gubah wang haram

Terdahulu, seorang bekas jurusolek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan penggubahan wang haram yang bernilai RM418,400 antara tahun 2018 hingga 2019. Namun, individu berumur 36 tahun ini mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang telah dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Sumber : thestar

SKIP THIS AD ×