berita

Demi Pesanan Arwah Ibu, Dua Beradik Ini Pikul Tanggungjawab Ibu Bapa Ketika Usia Masih Muda

April 13th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pesanan arwah ibu supaya jangan berpisah antara adik beradik membuatkan seorang gadis yang dikenali sebagai Mikyal Mohd Bahkrudin, 19 tahun dan abangnya Muhammad Zulkarnain, 20 tahun, nekad menggalas tanggungjawab sebagai ayah dan ibu setelah orang tua mereka meninggal dunia.

Menerusi Berita Harian, bapa kepada gadis tersebut meninggal dunia disebabkan Hepatitis B pada April 2017, manakala ibunya pula meninggal pada 27 Februari lalu akibat barah payudara. Sejak dari itu, mereka berdua menguruskan kelengkapan dan keperluan enam orang lagi adik mereka.

Terpaksa ambil upah kerja kampung

Memperoleh pendapatan melalui upah kerja kampung ternyata tidak cukup buat abang sulungnya untuk menampung perbelanjaan mereka adik beradik, walaupun mereka telah menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450.

Meskipun hidup di dalam kesempitan, gadis itu tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mengambil mahupun menjaga adik-adiknya kerana berpegang pada pesanan arwah ibu. Mereka kini tinggal di rumah peninggalan arwah ibu mereka di Kampung Padan Lengkuas, Melor, Kelantan.

Jiran dan cikgu turut simpati

Sekarang kami masih menggunakan beras yang disumbangkan orang ramai ketika melawat ibu meninggal, manakala selebihnya, enam adiknya akan makan pagi di sekolah masing-masing apabila menerima bantuan makanan harian RM5 termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Jiran dan cikgu yang simpati dengan keluarga kami juga turut membantu selain menerima wang belanja dari abang untuk membeli barang dapur pada setiap Khamis.

Terpaksa lupakan cita-cita

Walaupun memperoleh keputusan yang baik dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), gadis tersebut terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi guru demi keluarga tersayang.

Abang nak kerja tetap, tapi dia terpaksa berulang-alik urus adik yang bersekolah, manakala saya pula perlu mengurus hal di rumah. Mujur jiran dan saudara-mara banyak bantu kami.

Setiap malam, saya sentiasa fikir macam mana masa depan kami sekeluarga dan paling sedih apabila sehingga kini, adik bongsu masih menangis pada waktu malam sebelum tidur kerana merindui ibu memandangkan dia terlalu rapat dengan arwah ketika masih kecil.

Perlukan pekerjaan berhampiran rumah

Menurut Pengurus Bahagian Pentadbiran MISG Global, Norasyikin Norazainan, pihaknya akan mencari pekerjaan yang berhampiran dengan rumah mereka supaya Zulkarnain dapat bekerja dan mencari pendapatan bagi membantu keluarganya.

Sebelum ini pihak kami ada menawarkan beberapa pekerjaan namun ditolak Zulkarnain kerana dia perlu menguruskan hal persekolahan adiknya setiap hari selain faktor jarak tempat kerja jauh.

Korang yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Mikyal Mohd Bahkrudin yang bernombor 03014-41-000-12368-6.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×