berita

Demi Sesuap Nasi, Nenek ‘Patung Silver’ Sanggup Dukung Cucu Tengah Panas

April 9th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Merdeka.com

Demi sesuap nasi, seseorang nenek sanggup berdiri di tengah jalan yang panas sambil mendukung cucunya untuk mencari rezeki.

Berdiri tengah panas sambil dukung cucu

Foto kredit : Merdeka.com

Bukan sahaja berdiri di tengah panas, wanita warga emas yang dikenali sebagai Mumun itu mengecat tubuhnya menjadi ‘patung silver’ sejak empat bulan lalu demi mencari sesuap nasi di tengah bandar di sekitar Tangerang, Indonesia.

Foto kredit : Merdeka.com

Menurut Merdeka.com, Wanita berkenaan terpaksa menyara serta membesarkan cucunya itu kerana ibu bapa Reihan mengambil keputusan untuk bercerai dan telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menjaga anaknya itu. Mumun tiada pilihan lain, selain untuk menjaga cucunya itu.

Sebelum ini Mumun pernah bekerja sebagai pembantu rumah, namun gajinya sebagai pembantu rumah tidak dapat menanggung keperluan cucunya itu seperti susu serta makanan. Wanita berkenaan sudah tiada pilihan melainkan bekerja sebagai ‘patung silver’ untuk membeli barang keperluan harian mereka. Aksi wanita ini mendapat perhatian warga internet apabila tular beberapa keping foto dirinya sedang berdiri di tengah jalan raya.

Sumber : Merdeka.com

SKIP THIS AD ×