berita

‘Demo Ni Bakpo Gak Degil?’ – Misha Omar Geram Ada Yang Cuba Balik Kampung Beraya

May 10th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Misha Omar memberi pesanan kepada peminat dan masyarakat di Malaysia agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Tambah Misha, semua individu perlu cakna dan memainkan peranan masing-masing pada waktu ini.

Duduk rumah jangan keluar

Eh korang ni kenapa degil sangat? Macam buat-buat tak tahu saja tak boleh rentas negeri dan daerah. you ingat u sorang je ke yang rindu your parents? I pun sama ok? Hari-hari i menangis sambil video call dengan mak i di kampung. Tak takut ke tengok angka kes positif covid setiap hari tu abang & kakak? Eh geram lah kita. Cubit kang.

Kapsyen ni untuk orang Kelantan saja tau. Orang Kelantan je faham ni. Sebab berita ni berkenaan orang kampung ambo. Jangan macam itu. Kita jaga kita ingat!

Menurut Misha, pesanan yang dibuat itu ditujukan khas buat mereka yang mempunyai niat untuk pulang ke Kelantan. Ini kerana, hampir 500 buah kenderaan diarah untuk berpatah balik kerana tidak mempunyai dokumen yang sah bagi tujuan merentas negeri. Tambah Misha, setiap hari dia teringat ibunya di kampung. Namun apakan daya, dia hanya mampu membuat panggilan video sahaja. Oleh itu, Misha berharap orang Kelantan faham dengan situasi sekarang dan saling menjaga antara satu sama lain.

Tak tahu nak kata apa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Nasib baik kak Misha translate, kalau tak kami tak faham.

Masih ada juga yang degil nak balik kampung. Kalau kes naik macam mana?

Tolong duduk rumah kalau tak ada tujuan dan kerja di luar.

Rata-rata netizen bersetuju dengan Misha dan mereka faham maksud yang ingin disampaikan oleh penyanyi tersebut. Tambah netizen, semua individu perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan demi kebaikan bersama.

Sumber: Misha Omar

SKIP THIS AD ×