berita

Dendang Lagu Patriotik ‘Setia’ – Agong, Perdana Menteri & Kabinet Dipuji Netizen

August 31st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bersempena Hari Kebangsaan yang Ke-62, buat julung kalinya dalam sejarah negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan bersama barisan anggota Kabinet merakamkan video khas lagu patriotik ‘Setia’.

Menerusi Youtube Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, video yang berdurasi 3:32 saat itu telah di muat naik di media sosial sejak semalam untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia.

Demi negara yang tercinta

Menerusi laporan Berita Harian, bait lirik lagu yang disampaikan oleh Sultan Abdullan bersama barisan anggota Kabinet itu mempunyai makna yang sangat mendalam buat negara. Antara rangkap lirik lagu itu berbunyi ‘Demi negara yang tercinta, dicurahkan bakti penuh setia. Demi Raja yang disanjung tinggi, kesetiaan tak berbelah bagi.’

Video yang diakhiri ucapan ‘Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia’ itu sangat menyentuh hati dan membangkitkan semangat harmoni buat seluruh rakyat Malaysia apabila mereka meninggalkan komen rasa bangga menjadi anak Malaysia. Pada masa yang sama, mereka turut menyifatkan lagu tersebut mempunyai pelbagai kenangan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Reaksi netizen

Sumber: Tun Dr Mahathir Mohamad & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×