berita

Dengan Kadar Pemilikan 95%, Masih Belum Terlambat Untuk Korang Miliki SAVIO@Riana Dutamas.

December 4th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Semua orang mempunyai hasrat untuk memiliki kediaman sendiri, takpun sebagai aset. Tapi, ada antara korang yang takut nak mulakan langkah untuk beli rumah tu. Maklumlah, nak beli rumah bukan senang tau. Kena ada ilmu, baru berbaloi!

Buat korang yang tengah mencari-cari rumah, ini masa yang terbaik wei. Kalau korang nak beli rumah untuk tahun 2021, kami ada rekomen projek perumahan yang terbaik. Confirm tak menyesal.

Savio, fasa 1 Riana Dutamas hampir sold out!

Kami nak bagi latar belakang sikit ni. Riana Dutamas ialah sebuah projek kerjasama IJM Land Berhad dan FCW Holdings Bhd yang merupakan pembangunan bersepadu di lot pegangan bebas seluas 16 ekar di daerah Segambut yang pesat membangun. Pembangunan ni mempunyai tiga fasa dan SAVIO adalah fasa 1 mereka yang hot selling giler.

Dilancarkan pada Februari 2018, unit kediaman setinggi 37 tingkat ini telah mencatat kadar pengambilan sebanyak 95%. Bukan biasa-biasa beb.

Fuh, hampir habis terjual ni. Korang yang baru nak beli rumah mesti dah mula tergugat kan?

Apa yang menarik di SAVIO@Riana Dutamas sampai ramai nak beli unit kat situ? Haa.. Meh, kami bongkarkan kat korang!

Rumah idaman untuk setiap generasi.

Saya first time beli rumah, boleh ke beli unit di Riana Dutamas?

Siapa cakap tak boleh? SAVIO@Riana Dutamas menawarkan beberapa susun atur. Boleh pilih dari satu hingga tiga bilik tidur bagi satu unit pangsapuri dengan keluasannya dari 653 hingga 1,177 kaki persegi.

Ia direka bersesuaian untuk individu, keluarga, golongan muda profesional sehingga ke pasangan baru berkahwin. Senang cerita, semua sesuai untuk boleh beli unit kat sini. Korang yang first time beli rumah pun tak terkecuali tau.

Lokasi strategik, dikelilingi kejiranan terkenal di Segambut.

Lokasi Riana Dutamas sangat strategik kerana terletak di Segambut. Ia dikelilingi kejiranan terkenal seperti KL Metropolis, Bukit Tunku, Mont’ Kiara, Sri Hartamas dan Dutamas.

Korang nak ke Petaling Jaya (PJ) dan Kuala Lumpur (KL) pun mudah sangat. Banyak pilihan jalan dan lebuh raya. Tambahan pula jarak dari Riana Dutamas nak Ke KL dan PJ cuma 4km sahaja. Tak hairan la kalau orang yang kerja di KL beria nak beli unit kat sini.

Akses mudah ke lebuh raya.

Tadi min dah mention tentang akses jalan dan lebuh raya, kan? Antara jalan dan lebuh raya yang berdekatan termasuk la Lebuh Raya DUKE, Lebuh Raya SPRINT, Lebuh Raya PLUS, Lebuh Raya NKVE, Jalan Segambut dan Jalan Kuching. Korang pun senang nak ke mana-mana.

Dekat dengan Stesen KTM Segambut wei!

Paling bestRiana Dutamas dihubungkan dengan Stesen KTM Segambut melalui laluan pejalan kaki yang diseiakan oleh pihak pemaju Riana Dutamas. Nak kema-mana naik KTM je. Lagi pula nak menuju ke MRT kepong cukup dekat. Cuma 2 stesen sahaja.

Nak ke KL Sentral pun tak jauh mana, 4 stesen je guys. Nampak tak betapa mudahnya korang bergerak. Semuanya hanya di hujung jari.

Banyak pilihan sekolah, shopping mall & hospital berdekatan.

 

Antara sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa yang berdekatan ialah SMK Segambut, SRJK(C) Khai Chee, Garden International, Mont’Kiara International, Cempaka International dan Lychee Francais KL. Tak payah hantar anak ke sekolah yang jauh-jauh.

Nak pergi jalan-jalan waktu weekend pun best. Banyak pilihan shopping mall seperti Publika, Hartamas Shopping Centre, Sunway Putra Mall, Suria KLCC dan Pavilion. Pusat bandaraya Kuala Lumpur pun 7KM je dari SAVIO Riana Dutamas. Dekat la untuk korang yang kerja kat KL.

Macam mana kalau ada kecemasan? Okay, jangan cemas dulu. Hospital yang berdekatan seperti Hospital KL, Institut Jantung Negara, Tawakkal Specialist Hospital, Sentosa Medical Centre dan ParkCity Medical Centre ada untuk korang. Bagusnya!

Pelbagai infrastruktur disediakan.

 

Kemudahan yang disediakan di SAVIO Riana Dutamas tak kurang hebatnya. Antaranya taman, kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, dan banyak lagi. Ada jugak lot parkir bertingkat dan rondaan keselamatan sepanjang masa. Serius selamat!

Banyak jugak perkara menarik tentang Riana Dutamas. Patut la ramai yang beli! Bagi korang yang berminat nak memiliki rumah di Savio, cepat-cepat grab peluang korang tau.

Jimat besar dengan MyHome 2.0!

Berita baik untuk korang semua yang nak memiliki rumah pertama,dimana korang boleh jimat RM 30,000 melalui inisiatif skim MyHome 2.0.

Syaratnya mudah je, korang kena berusia 21 tahun keatas, warganegara malaysia, pembeli rumah pertama dan memiliki pendapatan bulanan isi rumah RM 15,000 dan ke bawah. Cukup syarat? Korang amat dialu-alukan untuk memohon skim ini dan mungkin salah satu kediaman Savio bakal menjadi milik korang nanti.

Perfect timing untuk beli rumah! Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Baik rebut sekarang!

Ni baru sikit. Banyak lagi info tentang SAVIO dan SAVVY yang korang boleh dapat. Terus ke laman web Riana Dutamas untuk info lebih lanjut okay!

Sempat lagi korang nak miliki unit di SAVIO. Lebih-lebih lagi bila ada Skim MyHome 2.0 ni. Rasa makin berbaloi kalau nak beli. Nak daftar untuk beli unit di Riana Dutamas? Klik SINI.

Selepas SAVIORiana Dutamas akan lanjutkan ke fasa 2 pulak iaitu SAVVY. Kami rasa SAVVY@Riana Dutamas pun bakal jadi rebutan nanti. Fasa 1 pun dah hampir sold out, inikan pulak fasa 2. Tak gitu?

Untuk SAVVY@Riana Dutamas, korang boleh daftar di https://rianadutamas.com/registration/.

SKIP THIS AD ×