berita

‘Dengan Nama Iblis…’ – Bila Manusia Bertuhankan Syaitan, Siap Guna Tengkorak Anjing Tulis Jampi!

December 29th, 2019 | by faris
Kini Trending

Angkara nafsu dan kemahuan yang melampaui batas, ada sesetengah manusia sanggup ‘bertuhankan’ syaitan. Semuanya untuk melempiaskan kemahuan sendiri sehingga sanggup menggunakan apa sahaja cara bagi melunaskan keinginan di hati.

Seorang pengguna Twitter, Anakinra berkongsi foto alatan sihir yang digunakan di Mesir yang melibatkan sihir pemisah. Seram!

Dijumpai di perkuburan Sohag

Menurut laporan portal berita Mesir, Youm7, sekumpulan penduduk kampung Al-Batakh menemui tangkal, jampi pada pakaian pengantin, tengkorak, kertas, barang seramik serta dahan kayu. Paling mengejutkan adalah penemuan sehelai kain dengan tulisan ‘Dengan nama iblis’ dalam bahasa Arab.

Mereka menemui barangan itu ktika membersihkan kubur di kampung mereka di Sohag di mana kempen pembersihan itu dibuat untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Ini kerana penduduk kampung itu dikatakan mempunyai paling ramai pengamal ilmu hitam dan sihir.

Dihantar atas banyak sebab

Menurut portal itu lagi, sihir dilakukan untuk membalas dendam kepada wanita dan anak dara bagi memberi penyakit, mengakibatkan perbalahan suami isteri sehingga cerai-berai dan memandulkan. Paling menakutkan, sihir juga dihantar bagi menyebabkan kematian seseorang dibenci.

Ayat pemisah pada pakaian pengantin

Pengguna Twitter dengan nama Anakinra yang juga pelajar di Mesir itu juga sempat menterjemah ayat jampi yang ditulis pada pakaian pengantin berkenaan.

Pembersihan kubur tak direstui

Pegawai undang-undang yang turut berkuasa menetapkan fatwa di negara itu, Sheikh Hamada Kamel Hassan bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan pembersihan kubur berkenaan. Menurutnya, ekoran penemuan barang sihir tersebut, mangsa cenderung untuk mencari pelakunya sehingga boleh menimbulkan fitnah dan perbalahan.

Turut guna tengkorak anjing

Lagi barang sihir ditemui

Sumber: Youm7, Anakinra

SKIP THIS AD ×