berita

Dengan RM399, Kini Korang Boleh Terbang Satu Malaysia Tanpa Had Selama Setahun!

June 12th, 2020 | by faris
Shout Out!

Setelah lebih 3 bulan ‘berkurung’ kerana Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia kini kembali bebas merentas negeri setelah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Tiba masa melancong dalam negara dan menyokong ekonomi dalam negara. Apa yang lagi best, AirAsia perkenalkan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia!

RM399 untuk terbang tanpa had selama setahun? Biar betul?

Apa sebenarnya Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia ini? Dengan hanya RM399, korang boleh fly ke 16 lokasi seluruh Malaysia tanpa had selama setahun! Menarik bukan? Masanya telah tiba untuk realisasikan rancangan bercuti satu keluarga atau bersama rakan-rakan selepas lama tertangguh.

Pas ini boleh dibeli hanya dalam waktu terhad dari sekarang sehingga esok 13 Jun, ingat jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bukan selalu dapat harga semurah macam ni. Mereka yang membeli boleh mula terbang bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

16 destinasi menarik di Malaysia yang boleh menggunakan pas ini untuk terbang adalah Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Macam mana nak beli?

Untuk membeli pas ini, korang boleh ke airasia.com/deals, atau menerusi aplikasi AirAsia di bawah link Deals seperti ditunjukkan dalam gambar. Yang penting korang perlu login keahlian BIG Member untuk membeli pas ini.

Langkah-langkah penebusan


Bagi mula menebus flight menggunakan pas ini, beberapa langkah mudah perlu diikuti iaitu:

1. Lawati airasia.com/deals atau apps AirAsia dan klik pada butang Deals

2. Pastikan anda login akaun BIG Member

3. Klik ‘My Purchases’, pilih ‘View Now’ AirAsia Unlimited Pass

4. Klik ‘Redeem’ yang akan membawa anda ke widget carian flight airasia.com

5. Cari flight pilihan anda

6. Pilih flight bertanda ‘100% off’ yang sah dengan pas ini

7. Buat pembayaran untuk melengkapkan tempahan anda

8. Selesai. Anda kini boleh terbang!

Pemilihan tarikh

Untuk penggunaan optimum pas ini, pemilihan tarikh penerbangan adalah penting. Pilih penerbangan dengan tanda ‘100% off’ untuk menikmati pas ini sepenuhnya. Jika hanya flight balik mempunyai ‘100%’, anda disarankan mengubah dan mencari tarikh flight kembali dengan tanda ‘100%’ sama.

Bagi mengelakkan kekecewaan, AirAsia menyarankan anda mengelakkan anda membuat tempahan di musim cuti seperti disenaraikan di atas kerana tempat duduk terhad.

Kenapa dicaj RM12?

Untuk makluman, pas ini hanya termasuk bayaran asas penerbangan. Ini tidak termasuk caj servis penumpang sejumlah RM11 dan caj perkhidmatan regulatori RM1. Selain itu, bayaran tambahan untuk makanan dalam penerbangan dan elaun bagasi check-in juga tidak termasuk dengan pembelian pas ini. Bayaran ini juga boleh dibayar menggunakan akaun kredit AirAsia jika flight korang ada dibatalkan sebelum ini kerana Covid-19.

Perbezaan terbang selepas pandemik

Demi keselamatan dan keselesaan penumpang dan anak kapal, AirAsia memperkenalkan prosedur operasi standard bagi mencegah penularan pandemik Covid-19. termasuklah pembayaran tanpa sentuhan di lapangan terbang, kiosk tanpa sentuhan, Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) serta ciri-ciri baru yang dikemas kini pada aplikasi mudah alihnya.

Selain itu, penumpang juga diwajibkan untuk memakai mask muka  setelah check-in, sepanjang penerbangan sehinggalah selamat sampai ke destinasi. Bagi bagasi hand-carry, tidak lagi dibenarkan meletakkan di bahagian overhead sebaliknya di bawah seat masing-masing untuk mengelakkan sebarang persentuhan beg penumpang lain.

Segala SOP dan info lanjut  ketika penerbangan ini boleh ditonton menerusi video Youtube dimuatnaik AirAsia.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×