berita

Dengan Sekali Lafaz, Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Kepada Usahawan

January 1st, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi, Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz hari ini pada jam 10.00 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sah bergelar isteri dengan sekali lafaz

Menerusi posting yang dimuat naik oleh seorang pendakwah terkenal iaitu Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di Instagram, beliau memaklumkan berita mengenai perkahwinan penyanyi berusia 36 tahun itu.

Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.

Ujarnya lagi, dia turut berasa bersyukur kerana sudah lama menyimpan rahsia mengenai hubungan Heliza dan suami.

Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan. Esok kita jumpa ya.

Dalam pada itu, di Insta Story milik jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui bahawa dirinya berasa berdebar sebelum akad nikah.

Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik.

Tahniah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQO IMRAN © (@aqoimran)

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Heliza dan suami. Mereka mendoakan hubungan pasangan ini kekal sehingga jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQO IMRAN © (@aqoimran)

Sumber : mohdizharariff_official, aqoimran

SKIP THIS AD ×