berita

Dengan Sekali Lafaz, Kak Lina Pom Pom Sah Isteri Cikgu Azlan

January 18th, 2020 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Identiti bakal suami kepada pelakon Elly Mazlein bukan rahsia lagi apabila hari ini dia telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan. Majlis yang diadakan di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur menyaksikan pasangan menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

Elly Mazlein juga menerima mas kahwin berbentuk seutas gelang tangan emas dan hantaran 5 dulang berbalas 7 dulang. Majlis yang cukup indah itu turut dihadiri keluarga dan kenalan rapat. Tahniah Kak Lina Pom Pom!

Dengan sekali lafaz

Bagai pinang dibelah dua

Kami di OHBULAN! mengucapkan tahniah buat pasangan mempelai ini dan mendoakan agar perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah. Amin.