Tepat jam 9.20 pagi, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz sah menjadi isteri kepada Farhan Norzaini. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan tersebut sah menjadi suami isteri. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Pilih Tarikh ‘Cun’ 20.2.2022 Untuk Majlis Nikah, Zulin Aziz Selamat Bertunang – ‘Nak Mempercepatkan Benda Baik’
Alhamdulillah, dah sah!
Mengenakan busana pengantin berwarna putih, Zulin dan Farhan kelihatan sama cantik, sama padan tatkala hadir di Masjid Negara pagi tadi. Majlis yang diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan terdekat itu menyaksikan Zulin menerima mas kahwin sebanyak RM80 tunai. Majlis tersebut juga menyaksikan abang kandung Zulin sebagai wali. Rata-rata netizen yang menyaksikan siaran ‘live’ di Instagram Zulin, mengucapkan ucapan tahniah buat mereka dan berharap jodoh pasangan tersebut berkekalan buat selama-lamanya.
Malam berinai
Semalam, Zulin dan Farhan telah mengadakan majlis malam berinai. Majlis tersebut dihadiri kenalan rapat seperti Lufya dan Dayana Roza. Difahamkan Zulin dan Farhan mengadakan majlis tersebut secara berasingan. Terdahulu, pasangan ini bersepakat memilih tarikh ‘cun’ iaitu 20 Februari 2022 sebagai tarikh untuk majlis akad nikah. Keputusan tersebut dibuat setelah mereka mengenali hati budi masing-masing selama dua tahun.
Sumber: Zulin Aziz