Pelakon popular, Rozita Che Wan terkejut apabila rakan selebriti, Azwan Ali dikatakan menggunakan kata kesat kepadanya menerusi ciapan di Twitter, semalam.
Tergamaknya tulis macam tu
Saya tak tahu pasal apa dia boleh tergamak tulis perkataan “BUR*T M*K H*NG “ dekat saya. Dalam tahun ni saja 3 kali kami jumpa, borak, ambil gambar, selfie dan ada juga dia buat video call. First kami jumpa masa saya jadi tetamu Lagu Cinta Kita. Lepas itu kami shooting sama-sama dalam Pung Pang Rizalman Raya dan sebelum PKP kami shoot cooking show untuk Youtube @rosixomar.
Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, hubungannya dengan selebriti yang dikenali Diva AA itu baik-baik saja tetapi tidak menyangka sifat selebriti itu boleh berbeza-beza sekiranya di hadapan mahupun di belakang dirinya. Ujar Che Ta, dia tidak tahu mengenai motif sebenar mengapa Diva AA itu mengecam pakaian yang dipakai olehnya semasa hadir ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) pada Rabu lalu.
Depan manis belakang lain
Betul la kata orang, kalau di depan mulutnya manis balik belakang lain bicara. Tapi tak sangka, kadang-kadang orang yang kita dah lama kenal, yang kira rasa kita tak ada masalah dengan dia, yang kita rasa dia baik dengan kita rupanya kita kena ‘baik-baik’ dengan orang macam ni. Hati orang kita tak tahu kan.
Tambah Che Ta, dia berharap Diva AA mendapat hidayah daripada Allah dan tidak dipandang hina oleh masyarakat.
Sumber: Rozita Che Wan