![]()
Depresi atau kemurungan merupakan gangguan mental yang sangat bahaya hingga memberi kesan negatif kepada perasaan, pemikiran dan tingkah laku seseorang. Depresi juga boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang. Namun, tiada siapa tahu kesengsaraan yang ditanggung oleh mereka yang mengalaminya.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, Ainul ada berkongsi tentang pendapatnya mengenai penyakit depresi ini sehingga ianya viral dan mendapat perhatian warganet. Malah, rata-ratanya turut berkongsi pengalaman dan kisah mereka yang pernah mengalami masalah kemurungan ini.
Asal depression je, suruh kenal Tuhan
![]()
![]()
Pengalaman netizen
![]()
I’m lost my memory
https://twitter.com/luqmanhkm93/status/1174977490625843202?s=20
![]()
Perasaan dan fizikal sakit
![]()
![]()
Menurut seorang pengguna Twitter, Hazim Syazwan turut berkongsi kisah semasa berdepan dengan masalah kemurungan yang dialaminya.
Kesakitan dan kesengsaraan yang dialami beberapa tahun yang lalu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Malah, dia terpaksa menanggung kesakitan itu sehingga sekarang.
Tak boleh bersendirian
![]()
Menurut individu ini, dia tidak dibenarkan bersendirian kerana keadaan kesihatan mental yang kurang stabil. Dia perlu pergi jauh dari semua orang kerana apa yang dilaluinya sekarang adalah sesuatu yang berat untuk seseorang.
Menurut doktor pakar, dia disahkan mengalami kemurungan kerana telah beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Dia juga langsung tidak merasa malu memberitahu dunia tentang penyakitnya itu.
Ramai jadikan sebagai bahan gurauan
![]()
Tambahnya lagi, ramai orang yang salah faham dengan masalah depresi dan kemurungan ini dengan menjadikan mereka sebagai bahan gurauan dan menganggap golongan ini hanya menagih perhatian daripada orang ramai.
Orang yang tidak berhadapan dengan penyakit depresi dan kemurungan ini tidak akan pernah faham kesengsaraan yang dialami oleh mereka.
Sumber: Ainul, Luqman Hakim, Hazim Syazwan








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)