berita

Derita 4 Hari Di Dalam Longkang, Warga Emas Ucap Terima Kasih Kepada Mereka Yang Menolong

June 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang lelaki warga emas berusia 58 tahun, berjaya diselamatkan oleh sepasang pasangan suami isteri selepas dipercayai terjatuh di dalam longkang di Padang Jawa, Shah Alam sejak empat hari lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki tersebut mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menolongnya ketika keluar dari longkang tersebut. Tambahnya, tanpa pertolongan mereka dia belum tentu masih hidup.

Bersyukur ada orang jumpa saya

Menurut warga emas yang dikenali sebagai Bala, dia terjatuh ke dalam longkang selama empat hari. Semasa terjatuh, dia sudah menjerit meminta pertolongan, namun tidak didengari oleh orang sekeliling kawasan tersebut.

Apabila saya jatuh, seluruh badan sangat sakit. Saya cuba bangun, namun tidak mampu berikutan merasakan kaki terseliuh. Namun, saya bersyukur ada orang jumpa saya di dalam longkang itu dan seterusnya membantu saya keluar. Malah, mereka memandikan, memberi minuman dan makanan serta pakaian kepada saya sebelum menghubungi ambulans.

Dia kelihatan sedikit berisi

Menurut Rusma, salah seorang individu yang menyelamatkan warga emas itu, dia bersyukur apabila melihat lelaki tersebut sudah semakin sembuh berbanding keadaannya ketika ditemui.

Dia kelihatan sangat lemah apabila kami menemuinya. Ketika kami temui dia di dalam longkang itu, tapak kakinya sudah kecut dan badannya sangat kurus. Hari ini apabila saya melawat Bala, dia kelihatan sedikit berisi berbanding semalam berikutan sudah diberi makan dan dimasukkan ‘drip’ air.

Sebagai manusia, Rusma dan suaminya menjalankan tanggungjawab untuk membantu manusia lain yang memerlukan pertolongan.

Ramai yang memberi reaksi positif. Ada segelintir saja beri komen negatif. Namun apa yang saya lakukan bersama suami dan dua pekerja adalah atas tanggungjawab dan ihsan sesama manusia.

Tindakan mereka memandikan serta memberikan makanan kepada lelaki itu dipuji netizen.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.